Dalam Ingatan Sentiasa

Pergi Selamanya - Kamikaze


Malam kian melangkah pergi
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada disisiku

Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupku
Kau pergi tak kembali selamanya

Walau berkali kutangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi dipusaramu oh....

Hanya doa yang kuiringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku
Oh.....

Segalanya datang dan pergi
Kutahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Tapi telah tertulis untuk dirimu
Oh....

Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku


Suka lagu ni. Tapi kalau dia dengar mesti dia sedih. Aku cuma harap dia sentiasa kuat walau abah dia takde dah di sisi. Entahlah, apa yang dia ceritakan tentang apa yang dia rasa sekarang. Semua ni dugaan. Jangan sesekali rasa sendirian walau dipinggirkan oleh manusia yang sepatutnya menghargai. Allah sentiasa ada menemani. Moga mereka yang tidak mengenal erti kasih sayang itu sedar dan terus menghargai kamu. InsyaAllah.





Salah Sendiri


Terkadang memang salah diri sendiri. Tapi dulu diri tak macam ni. Mungkin kesan jumpa ramai manusia yang pelik-pelik perangainya. Pelik perangai yang memberi kesan buruk pada diri ini. Ya Allah, makin tipis iman di dada. Moga apa yang dah terjadi di masa lalu adalah sebagai rujukan, panduan dan peringatan untuk kehidupan di masa akan datang. Sesungguhnya tetaplah diri ini dengan kelemahan.






Baby Arnab


Arnab peliharaan dia dapat baby-baby baru. So cute. Harap sangat-sangat baby arnab dapat membesar dengan baik. Kesian dia, balik kerja terus jadi nurse pada baby arnab and ibu arnab. InsyaAllah balasan baik akan menjelma :)



Mesti besar nanti cute camni ! 



Peluang


Terlalu banyak yang aku tempuhi
Terkadang diriku kuat menempuhnya
Terlalu banyak yang aku rasai
Terkadang diriku rapuh melaluinya

Wahai insan
Adakah susah untuk engkau melakukan perubahan
Wahai yang disayangi
Adakah susah untuk engkau melakukan kebaikan

Aku cuma berharap
Kesabaran terus mengiringi






Sakitnya


Aku bukan manusia yang baik.
Aku sedar.

Disebabkan itu juga aku tidak akan berdendam.
Diri ku pasrah.

Aku bukan manusia yang mulia.
Aku pilu.

Disebabkan itu juga aku membiarkan hati ini disakiti.
Diriku redho.


-CannotForgetButICanForgive-






Kita Saling Melengkapi


Minggu ini memang lain dari biasa. Walau sibuk mana kamu, tetap luangkan masa. Mendengar cerita dari kamu, penuh perhatian. Setiap kali itu juga aku berharap kamu terus tabah menghadapi hidup yang fana ini. Aku cuma usaha dan berdoa agar hubungan ini kekal, walau badai menyinggah sementara. Itu adalah lumrah, asalkan ada kesetiaan itu sudah mencukupi. Sememangnya kita tetap manusia yang tidak sama sekali sempurna. Lengkap melengkapi, itulah tugas kita semua wahai pasangan manusia seluruh dunia :)






Pena Bertinta Cinta


14/03/2010, Ahad

22:44  - Dengan pena bertinta cinta, ku ukir kasih sayang di kertas persaudaraan, ukiran yang tulus dari dasar hati, yang ikhlas dari dasar jiwa, yang teruntuk buat sahabat yang tercinta, sahabat, tanpamu aku bagaikn malam tanpa hiasan bintang2 dan tanpaku kau bagaikn malam tiada pancaran sinar rembulan, menggenggam cinta jadilah kau bintang yang menghiasi malamku dan aku akan jadi rembulan yang menerangi kegelapan, tidakkah kau tahu, bahawa hatiku telah kau curi, kau bawa pergi bersama mimpi, duhai sahabat sanjungan jiwa di sisimu ku terasa bahagia dan cintamu membuat hatiku terasa indah, hatiku yang sedih tak lagi termenung sepi saat kau  datang menemani, mendung yang singgah di hati berlalu pergi berganti mentari.... :)






Kembali


Syukur.

Aku harap kita berdua terus kuat dan kuat.
Jarak jauh yang memisah tidak bermakna jauhnya jarak cinta kita.
Hakikatnya makin teguh atas izin-NYA sentiasa.

:)





Mendiam


Mungkin ini ujian buat kita.
Aku sentiasa menunggu dan menantimu.
Moga engkau terus kuat menghadapi segalanya,
dan tabah melalui kehidupan yang mendatang.






Indah Hidup Ini Sebenarnya


Jika kita menuruti segala apa yang diperintahkan oleh-NYA
Jika kita meninggalkan segala apa yang dilarang oleh-NYA
Jika kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada
Jika kita tidak merungut setiap masalah yang menimpa
Jika kita khusyuk beribadah pada-NYA
Jika kita sentiasa ikhlas dan sabar melakukan segala-galanya
Hanya kerana-NYA iaitu ALLAH YANG MAHA ESA






Jangan Berhenti


Kehidupan yang kita sedang lalui dan tempuhi ini jangan lari dari mencintai manusia di sekeliling kita. Jangan berhenti. Pada ibu bapa, keluarga, para sahabat mahupun manusia yang anda tidak kenali. Belajarlah menyayangi hamba-hamba Allah. Pasti yang berada di atas sana akan turut mendoakan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup kita sama ada di dunia mahupun di sana kelak.







Selepas Lafaz Itu

14/03/2010, Ahad


15:37  - DIA....
              Dia lembut seperti kapas..
              Dia indah bagaikan malaikat bersayap yang turun dari langit..
              Dia anugerah terindah yang ada di dalam hidupku...
              Wajahnya meneduhkan jiwaku yang rapuh...
              Tutur katanya menenangkan hatiku yang bimbang...
              Senyumnya menghiasi hari2ku......
              Aku mengasihinya...
              Sepanjang hidupku...
              Kerananya aku mengerti artinya hidup,...
              Terima Kasih TUHAN....
              Kau telah kirimkan dia untukku....
              WALAU AKU TIDAK MEMILIKINYA....
              Aku tetap bahagia bila bersahabat dengannya... =))







Semalam yang Dingin


12/3/2010, Jumaat08:45  - Semoga ALLAH memberikan kamu PELANGI untuk setiap hujan, SENYUMAN untuk setiap tangisan, RAHMAT untuk setiap cubaan, KEKUATAN untuk setiap dugaan, MAKBUL untuk setiap hajat, dan PAGI yang Indah dan Ceria... SELAMAT PAGI.. =))




Masih segar dalam ingatan. Semalamnya aku kesedihan. Engkau memujuk ku dengan kata-kata yang tenang. Sahabat yang baik, ya, engkau benar-benar sahabat yang baik bagiku semasa saat itu. Terima kasih wahai kekasihku. Benar kata engkau.



Awal Perkenalan Kau dan Aku

27/2/2010 , Sabtu

19:20  - TemaN IstimewAMU BukaN YanG SelalU D DepaN matA YanG SentiasA D SisI TetapI....Dia YG SetiA D HatI DaN.....Di IngatI DalaM SetiaP BisikaN DOA..........SlamT MeNuNaikaN SOlat *******....(dari *****)




Hampir 3 tahun kita mengikat tali pertunangan. Moga kekal hingga pernikahan dan moga selepas itu  berterusan ke alam syurga sana.




Bayangan Lalu


Bukan mudah ku hapuskan bayangan kisah-kisah silam yang lalu.
Ya Allah aku redho jika itu jalan untuk aku tebus kesalahan-kesalahan ku pada MU.
Ingin aku menangis sepuas-puasnya tatkala terimbas kepahitan itu.
Namun apa yang termampu, aku tahan semampu kudrat ku.

Aku wanita yang penuh dengan kelemahan.
Kadang aku tidak tahan dengan kesakitan dan kepedihan.
Hanya lepaskan air mata ini dapat meredakan sedikit kesedihan.
Moga esok adalah hari indah yang tiada kesepian.






14 Oktober 2012





Hujan. Hujan yang membasahi tubuhmu.
Aku risau. Aku takut dirimu akan kesakitan.
Sakit. Sakit kerana hujan yang bercampur dengan kekotoran udara di luar itu.

Lalu aku menyampaikan saranan itu.
Moga dirimu sentiasa dalam keadaan sihat.
Masih jauh lagi perjalanan amanah dari ayahandamu itu.

Aku di sini akan cuba sedaya kudrat ku untuk menjagamu.
Sakit itu adalah kebiasaan wahai kekasih.
Bersabarlah. Maha Esa sentiasa memelihara mu.


26 Jun 2012





Bismillah

Alhamdulillah kita berdua sudah ke tahap ini . Seperti tidak di sangka tetapi ini lah hakikatnya . Kamu benar-benar membuat hati ini tenang dan terlepas dari satu bebanan . Seperti juga apa yang kamu sedang rasai . Semua telah diatur oleh - NYA . Aku sangat berharap semoga hubungan ini dapat disatukan dalam ikatan yang sah . Moga dipermurahkan rezeki antara kita . Moga keluarga kita berdua saling menyayangi . InsyaALLAH .

22 Jun 2012 antara tarikh kenangan indah dalam hidup kita . Terima kasih ALLAH :)



Hidup Kita Berdua




My Space



Ada kenangan di sini
Ada kemanisan di sini
Di sinillah bermulanya kegembiraan
Di sinilah bermulanya kehidupan yang penuh makna

....::: Moga berkekalan hingga di sana :::....



Gurauan Kita Berdua


Kamu - Sorry naik lori.

Diri Ini - Naik lori sambil menari.

Kamu - Menari sambil berlari.
             Tenggiri berguling sampai berdiri.

Diri Ini - Berdiri bukannya sendiri.
               Tetapi bersama-sama kekasih hati yang telah Allah beri.

Kamu - ...

Diri Ini - :)



Anugerah Dari Ilahi


Wahai kekasihku
Lihatlah insan di luar sana
Tidakkah engkau perasan?
Mereka tidak menghayati cinta
Seperti kita

Wahai kekasihku
Perhatikan insan di luar sana
Tidakkah engkau nampak?
Mereka  tidak menghargai cinta
Seperti kita

Dan aku ...
Syukur kerana diberi cinta ini
Dianugerahkan kebahagiaan ini
Hati ku telah diubati dengan kehadiranmu
Bersama kita teruskan cinta ini
Hingga ke syurga





ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ