Dalam Ingatan Sentiasa

Pergi Selamanya - Kamikaze


Malam kian melangkah pergi
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada disisiku

Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupku
Kau pergi tak kembali selamanya

Walau berkali kutangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi dipusaramu oh....

Hanya doa yang kuiringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku
Oh.....

Segalanya datang dan pergi
Kutahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Tapi telah tertulis untuk dirimu
Oh....

Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku


Suka lagu ni. Tapi kalau dia dengar mesti dia sedih. Aku cuma harap dia sentiasa kuat walau abah dia takde dah di sisi. Entahlah, apa yang dia ceritakan tentang apa yang dia rasa sekarang. Semua ni dugaan. Jangan sesekali rasa sendirian walau dipinggirkan oleh manusia yang sepatutnya menghargai. Allah sentiasa ada menemani. Moga mereka yang tidak mengenal erti kasih sayang itu sedar dan terus menghargai kamu. InsyaAllah.





Salah Sendiri


Terkadang memang salah diri sendiri. Tapi dulu diri tak macam ni. Mungkin kesan jumpa ramai manusia yang pelik-pelik perangainya. Pelik perangai yang memberi kesan buruk pada diri ini. Ya Allah, makin tipis iman di dada. Moga apa yang dah terjadi di masa lalu adalah sebagai rujukan, panduan dan peringatan untuk kehidupan di masa akan datang. Sesungguhnya tetaplah diri ini dengan kelemahan.






Baby Arnab


Arnab peliharaan dia dapat baby-baby baru. So cute. Harap sangat-sangat baby arnab dapat membesar dengan baik. Kesian dia, balik kerja terus jadi nurse pada baby arnab and ibu arnab. InsyaAllah balasan baik akan menjelma :)



Mesti besar nanti cute camni ! 



Peluang


Terlalu banyak yang aku tempuhi
Terkadang diriku kuat menempuhnya
Terlalu banyak yang aku rasai
Terkadang diriku rapuh melaluinya

Wahai insan
Adakah susah untuk engkau melakukan perubahan
Wahai yang disayangi
Adakah susah untuk engkau melakukan kebaikan

Aku cuma berharap
Kesabaran terus mengiringi






Sakitnya


Aku bukan manusia yang baik.
Aku sedar.

Disebabkan itu juga aku tidak akan berdendam.
Diri ku pasrah.

Aku bukan manusia yang mulia.
Aku pilu.

Disebabkan itu juga aku membiarkan hati ini disakiti.
Diriku redho.


-CannotForgetButICanForgive-






Kita Saling Melengkapi


Minggu ini memang lain dari biasa. Walau sibuk mana kamu, tetap luangkan masa. Mendengar cerita dari kamu, penuh perhatian. Setiap kali itu juga aku berharap kamu terus tabah menghadapi hidup yang fana ini. Aku cuma usaha dan berdoa agar hubungan ini kekal, walau badai menyinggah sementara. Itu adalah lumrah, asalkan ada kesetiaan itu sudah mencukupi. Sememangnya kita tetap manusia yang tidak sama sekali sempurna. Lengkap melengkapi, itulah tugas kita semua wahai pasangan manusia seluruh dunia :)






ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ