Dalam Ingatan Sentiasa

Pergi Selamanya - Kamikaze


Malam kian melangkah pergi
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada disisiku

Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupku
Kau pergi tak kembali selamanya

Walau berkali kutangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi dipusaramu oh....

Hanya doa yang kuiringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku
Oh.....

Segalanya datang dan pergi
Kutahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Tapi telah tertulis untuk dirimu
Oh....

Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku


Suka lagu ni. Tapi kalau dia dengar mesti dia sedih. Aku cuma harap dia sentiasa kuat walau abah dia takde dah di sisi. Entahlah, apa yang dia ceritakan tentang apa yang dia rasa sekarang. Semua ni dugaan. Jangan sesekali rasa sendirian walau dipinggirkan oleh manusia yang sepatutnya menghargai. Allah sentiasa ada menemani. Moga mereka yang tidak mengenal erti kasih sayang itu sedar dan terus menghargai kamu. InsyaAllah.





No comments:

Post a Comment

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ