Kita Terima Seadanya

Walau kerap bertikam lidah
Walau sering tidak sependapat
Jangan mudah kita putus asa
Jangan biarkan ia musnah tanpa makna

Kita sama-sama belajar menerima
Ikhlas menghadapinya
Kau dan aku punya kelebihan
Juga punyai kekurangan

Andai telah ditakdirkan oleh-Nya
Bahawa kita kekal bersama
Sungguh aku akan syukur tak terkata
Maha Suci Ya Allah, hanya pada-Mu kami meminta

Moga kami diizinkan sehati sejiwa :')



Mahu

Siapa yang tidak mahu kehidupan yang lebih tenang
Aku juga seperti ini
Aku rindu menggapai dan merasai manisnya cinta
Cinta pada Allah
Cinta pada Muhammad

Sentiasa segar dalam ingatan saat manis itu
Saat indah itu
Aku cuba untuk mengejarnya semula
Tapi sering aku gagal
Tapi sering aku alpa

Semula
Dan aku cuba dan terus mencuba
Moga tercapai hajatku
Sekali lagi





2013 Penuh Pengharapan


Tahun ini mungkin lain dari tahun sebelum2 ni.
Aku tidak lagi memegang gelaran sebagai pelajar.
Mungkin di masa akan datang gelaran pekerja yang lebih sesuai.
Masih mencari dan terus mencari.

Dan Si Dia, terus menjadi pemegang tanggungjawab terbesar dalam keluarga.
Aku akur dengan apa yang Allah tetapkan.
Cuma, aku sentiasa harap dapat memahami situasi dia dengan lebih baik lagi.
Aku yakin cepat lambat sahaja Allah satukan kami.

Aku sedar aku sentiasa perlu bersyukur.
Bersyukur dengan apa yang aku ada di depan mata.
Mungkin sekarang aku di atas.
Tapi.. Siapa tahu kelak aku di bawah.

Selagi aku mampu, aku akan lakukan yang terbaik.
Bantu mereka yang berada di bawah.
Moga Allah sentiasa memberi kekuatan.
Mengiringi kita dengan keberkatan dan rahmat dari-NYA.


Amin Ya Rabbal'alamiin ..






Hampir 3 Tahun

Syukur masih bertahan lama
Walau belum disahkan lagi
Aku sentiasa berharap hubungan ini
Terus bertahan hingga hari bahagia
Seterusnya hingga ke syurga sana

Bukan mudah
Tetapi inilah yang harus kita hadapi
Ini jalan yang telah kita persetujui
Jangan putus asa dan menyerah
Pada Allah kita sentiasa berserah




Life Must Go On


Kamu sibuk dengan kerja.
Diri ini sibuk mencari kerja.

Hik3. Teruskan usaha kita sama-sama untuk kebaikan bersama.
Never give up to get what you and me want :)






ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ