Jodoh Tetap Jodoh


Jodoh memang rahsia Allah SWT. Terkadang takut nak berdepan dengan masa depan sendiri, takut kecewa. Lepas tu cepat-cepat tegur diri sendiri, jangan takut. Allah SWT sayangkan kita, Dia yang ciptakan kita selagi kita tetap jadi hamba Dia yang taat Dia akan terus beri yang terbaik untuk kita. Termasuklah dalam bab-bab penentuan hidup kita, antaranya jodoh. Yup memang berisiko tinggi kalau bercinta lama-lama sebelum kahwin, kalau tak kuat apa-apa yang buruk besar kemungkinan akan terjadi. Bergaduh, salah faham, bertengkar, disakiti, kehadiran orang ketiga dan bla bla bla. Tapi percayalah, selagi ada usaha, ada doa, ada pengharapan yang sangat-sangat bersungguh, dan ikhlas mencintai pasangan kerana Allah SWT InsyaAllah kalau Allah kata tu jodoh kamu, kamu tetap akan berbaik dan bersatu semula dengan si dia. Sememangnya apabila kita nak buat perkara yang baik memang banyak halangan dan dugaan, perkara yang dimaksudkan adalah PERKAHWINAN. Walau apa pun hadapilah dengan tenang  (:




No comments:

Post a Comment

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ