Penipuan Jenayah Laman Sosial Facebook Atau Email Berkaitan Hadiah l Parcel l Wang

Sedikit sebanyak yang boleh di kongsi di sini. Supaya tiada antara rakyat Malaysia yang tertipu dan sila sebarkan untuk kebaikan bersama. Hapuskan bersama jenayah laman sosial yang berleluasa.

Antara akaun facebook kaki penipu 
Nelson John
Latifah Razak
Fatimah Abdul Razak
Jeff Johnson Brown
dan banyak lagi dalam komen notes milik page facebook PDRM ni KLIK SINI . Juga terdapat website lain yang menyebarkan penipuan ini antaranya adalah ini KLIK SINI


Ini antara salah seorang penjenayah yang menipu Abdullah Aziz Rahman

Pakai nama Islam, ayat baik, alim. Mengaku asal orang Malaysia dan dia lahir di Sabah, mak bapa dah meninggal. Menurut katanya dia tinggal di UK / US sejak kecil. Kata bekerja sebagai Marine Engineer. Bagi hadiah handbag, jeweliries, duit. Bila minta snap picture sebelum courier dia akan attach juga picture seperti ini.

Cadar katil kelihatan seperti dalam hotel. Tetapi suspek ada mengatakan yang dia tinggal di rumah, di UK / US. Nampak sikit-sikit penipuan. Katanya harga handbag ni $40 USD dan dia beli 15 pieces.

Barang kemas yang kononnya bakal dikirim. Harga $1000 USD, means in Malaysia RM3000++ . Masuk akal ke gelang 'secantik' ini bernilai dengan nilai yang dia nyatakan itu? Nampak sangat menipu. Bagi dalam 5 pieces.

Suspek juga mengatakan ingin memberi perfume. Seperti dalam gambar ini.

Dan akhir sekali, dan tersangat meragukan. Adakah muat barang-barang yang dinyatakan kalau dimasuk dalam bungkusan ini. Dan banyak sangat yang meragukan.. Sehinggalah MUHAWA sendiri google perkataan 'parcel from us' scroll ke bawah dan jumpa gambar seperti di atas. Sebijik !

Ni dia.. Nampak tak permainan nya? Dan link artikel gambar tersebut KLIK SINI


Sambungan ...

Suspek pakai nombor phone ni +447922490031. Bila barang dah sampai sorang wanita melayu akan call pakai nombor phone ni +601126116933. Wanita tersebut akan minta kita bank in RM2000 ke dalam akaun yang akan sms, barulah barang akan dihantar ke rumah. Bila minta nama company, dia akan beritahu dari Transworld Shipping & Logistics. Setelah di search di google memang ada nama ni, wujud.. Tetapi ! Semua office company tersebut di luar negara. Tiada langsung di Malaysia, lagi-lagi KLIA ! Buat servis pun pakai nombor phone sendiri, nampak sangat menipu nya. Dia akan bagi nombor akaun nama orang bukan nombor akaun nama company. Ha memang nampak sangat penipu ! Berikut adalah nama-nama no. akaun yang di sms pada MUHAWA. Memang lepas ni MUHAWA akan report terus pada pihak polis. Hew3 (:

Mohd Ruday Heriman Bin Mohd Taib
114561092235 MAYBANK

Noor Fazuyana Nadzirah Haron
01140084208528 CIMB BANK


Bila MUHAWA rasa  tak sedap hati, MUHAWA terus search berkaitan dengan hal ni. Yes ! Memang sah tertipu. Selamatlah duit MUHAWA tak terbang. Alhamdulillah. Thanks sangat pada CIK TUNANG. Hehehe. Kalau tak tak tahu apa lah akan jadi. Tapi rasanya memang MUHAWA tak akan terima barang tu kalau kena atau wajib keluarkan duit sebanyak tu. MUHAWA search sekali jumpa la artikel top pasal jenayah ni. Orang perempuan tu call semula bila tahu MUHAWA tak transfer dan senyap selepas MUHAWA kata MUHAWA akan call semula, then MUHAWA pun apa lagi cakap jela, kalau hari ini memang tak boleh nak bank in sebab duit tak cukup RM2000, MUHAWA ada sms dia.. minta alamat company dan MUHAWA akan ambil barang tu sendiri juga bayar sekali masa ambil.

Ada unsur kekerasan dan ugutan lemah lembut dari wanita tersebut, dia kata barang tak boleh simpan lama. Kalau tak memang dorg tak akan buat penghantaran. Stupid gila ! Dan macam-macam lagi, tak dapat nak cerita full story. Yang pasti, memang dia tekankan sangat-sangat barang dorg akan hantar lepas buat pembayaran. Dia kata dia tak faham kenapa perlu nak alamat company. Aduhai Saleha, bodohnya alasan. Kenapa takut sangat nak bagi alamat. Hehehehe. Lepas tu memang MUHAWA sound dia. Macam-macam MUHAWA kata. Geramnya la dengan 'Abdullah Aziz Rahman' tu. Call tak angkat, pastu tak lama lepas tu dia call dua kali. Saya malas nak angkat. Lepas tu terus dia chat kat FB.

Dia kata 'what happens', MUHAWA sound dia dan bebel apa yang patut. Dia asyik tanya dan tanya, 'why u sound me like that' dan bla bla bla. MUHAWA paste link link yang berkaitan dengan kes ni, then ada MUHAWA kata MUHAWA akan gtau pada pihak polis dan akan pastikan rakyat MALAYSIA takda yang kena tipu ! Terus dia block akaun FB MUHAWA (:  Hahahahaha. Nampak tak ... Jadi alhamdulillah sangat sebab MUHAWA terselamat dari penipuan ni. Kepada yang sudah terkena dan duit pun terbang anggap sahaja ni sebagai peringatan dari ALLAH. Tak akan rezeki datang melimpah ruah tanpa usaha yang gigih. Jika kita bijak InsyaALLAH kita tidak akan mudah terpedaya dengan tipu helah manusia. Perluaskan ilmu pengetahuan, ia akan selamatkan anda di dunia dan paling penting di akhirat kelak. Aamiin mudah-mudahan.

^^

6 comments:

  1. betul betul pernah terkena sekali tapi desak dia sampai dia bagi ugut dia macam2 hahaha brutal tak? ;D

    ReplyDelete
  2. hu3. sama la ni kte, apalah dorg ni cmtu pn bole jd kn pekerjaan. wah garang ye :D

    ReplyDelete
  3. Perlu berhti2 lah lps ni. Tq info ni ye muhana :)

    ReplyDelete
  4. sangat informative.. lengkap dengan modus operandi sekali... hehe..betul ke term yg aku gune tu?

    ReplyDelete
  5. Btol tu. Ayat 999 knnn? Hehehehe. Xmau org len kena, tu wt post psl bende niii.. (:

    ReplyDelete

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ