Pengakhiran 2013

Dulu kita remaja, sekarang kita DEWASA. Pantasnya masa, sehingga tidak sedar hampir 4 tahun persahabatan dan percintaan. Ya.. perkenalan kita. Sehingga kini, DIA masih inginkan kita kekal. Seandainya ini takdir-MU atas usaha dengan iman yang rapuh ini, ya.. aku terima dengan hati yang lapang. Semoga apa yang terjadi sepanjang tahun ini, akan aku dan dia jadikan iktibar untuk berhati-hati dalam memilih langkah yang seterusnya. Itu harapan ku, juga dia. 2014 aku berharap kedatangan mu adalah yang lebih indah dan bahagia berbanding 2013 dan sebelumnya. Semoga penderitaan dan kesedihan di atas dosa lalu, berhenti. Penuh pengharapan Ya Allah..



Penipuan Jenayah Laman Sosial Facebook Atau Email Berkaitan Hadiah l Parcel l Wang

Sedikit sebanyak yang boleh di kongsi di sini. Supaya tiada antara rakyat Malaysia yang tertipu dan sila sebarkan untuk kebaikan bersama. Hapuskan bersama jenayah laman sosial yang berleluasa.

Antara akaun facebook kaki penipu 
Nelson John
Latifah Razak
Fatimah Abdul Razak
Jeff Johnson Brown
dan banyak lagi dalam komen notes milik page facebook PDRM ni KLIK SINI . Juga terdapat website lain yang menyebarkan penipuan ini antaranya adalah ini KLIK SINI


Ini antara salah seorang penjenayah yang menipu Abdullah Aziz Rahman

Pakai nama Islam, ayat baik, alim. Mengaku asal orang Malaysia dan dia lahir di Sabah, mak bapa dah meninggal. Menurut katanya dia tinggal di UK / US sejak kecil. Kata bekerja sebagai Marine Engineer. Bagi hadiah handbag, jeweliries, duit. Bila minta snap picture sebelum courier dia akan attach juga picture seperti ini.

Cadar katil kelihatan seperti dalam hotel. Tetapi suspek ada mengatakan yang dia tinggal di rumah, di UK / US. Nampak sikit-sikit penipuan. Katanya harga handbag ni $40 USD dan dia beli 15 pieces.

Barang kemas yang kononnya bakal dikirim. Harga $1000 USD, means in Malaysia RM3000++ . Masuk akal ke gelang 'secantik' ini bernilai dengan nilai yang dia nyatakan itu? Nampak sangat menipu. Bagi dalam 5 pieces.

Suspek juga mengatakan ingin memberi perfume. Seperti dalam gambar ini.

Dan akhir sekali, dan tersangat meragukan. Adakah muat barang-barang yang dinyatakan kalau dimasuk dalam bungkusan ini. Dan banyak sangat yang meragukan.. Sehinggalah MUHAWA sendiri google perkataan 'parcel from us' scroll ke bawah dan jumpa gambar seperti di atas. Sebijik !

Ni dia.. Nampak tak permainan nya? Dan link artikel gambar tersebut KLIK SINI


Sambungan ...

Suspek pakai nombor phone ni +447922490031. Bila barang dah sampai sorang wanita melayu akan call pakai nombor phone ni +601126116933. Wanita tersebut akan minta kita bank in RM2000 ke dalam akaun yang akan sms, barulah barang akan dihantar ke rumah. Bila minta nama company, dia akan beritahu dari Transworld Shipping & Logistics. Setelah di search di google memang ada nama ni, wujud.. Tetapi ! Semua office company tersebut di luar negara. Tiada langsung di Malaysia, lagi-lagi KLIA ! Buat servis pun pakai nombor phone sendiri, nampak sangat menipu nya. Dia akan bagi nombor akaun nama orang bukan nombor akaun nama company. Ha memang nampak sangat penipu ! Berikut adalah nama-nama no. akaun yang di sms pada MUHAWA. Memang lepas ni MUHAWA akan report terus pada pihak polis. Hew3 (:

Mohd Ruday Heriman Bin Mohd Taib
114561092235 MAYBANK

Noor Fazuyana Nadzirah Haron
01140084208528 CIMB BANK


Bila MUHAWA rasa  tak sedap hati, MUHAWA terus search berkaitan dengan hal ni. Yes ! Memang sah tertipu. Selamatlah duit MUHAWA tak terbang. Alhamdulillah. Thanks sangat pada CIK TUNANG. Hehehe. Kalau tak tak tahu apa lah akan jadi. Tapi rasanya memang MUHAWA tak akan terima barang tu kalau kena atau wajib keluarkan duit sebanyak tu. MUHAWA search sekali jumpa la artikel top pasal jenayah ni. Orang perempuan tu call semula bila tahu MUHAWA tak transfer dan senyap selepas MUHAWA kata MUHAWA akan call semula, then MUHAWA pun apa lagi cakap jela, kalau hari ini memang tak boleh nak bank in sebab duit tak cukup RM2000, MUHAWA ada sms dia.. minta alamat company dan MUHAWA akan ambil barang tu sendiri juga bayar sekali masa ambil.

Ada unsur kekerasan dan ugutan lemah lembut dari wanita tersebut, dia kata barang tak boleh simpan lama. Kalau tak memang dorg tak akan buat penghantaran. Stupid gila ! Dan macam-macam lagi, tak dapat nak cerita full story. Yang pasti, memang dia tekankan sangat-sangat barang dorg akan hantar lepas buat pembayaran. Dia kata dia tak faham kenapa perlu nak alamat company. Aduhai Saleha, bodohnya alasan. Kenapa takut sangat nak bagi alamat. Hehehehe. Lepas tu memang MUHAWA sound dia. Macam-macam MUHAWA kata. Geramnya la dengan 'Abdullah Aziz Rahman' tu. Call tak angkat, pastu tak lama lepas tu dia call dua kali. Saya malas nak angkat. Lepas tu terus dia chat kat FB.

Dia kata 'what happens', MUHAWA sound dia dan bebel apa yang patut. Dia asyik tanya dan tanya, 'why u sound me like that' dan bla bla bla. MUHAWA paste link link yang berkaitan dengan kes ni, then ada MUHAWA kata MUHAWA akan gtau pada pihak polis dan akan pastikan rakyat MALAYSIA takda yang kena tipu ! Terus dia block akaun FB MUHAWA (:  Hahahahaha. Nampak tak ... Jadi alhamdulillah sangat sebab MUHAWA terselamat dari penipuan ni. Kepada yang sudah terkena dan duit pun terbang anggap sahaja ni sebagai peringatan dari ALLAH. Tak akan rezeki datang melimpah ruah tanpa usaha yang gigih. Jika kita bijak InsyaALLAH kita tidak akan mudah terpedaya dengan tipu helah manusia. Perluaskan ilmu pengetahuan, ia akan selamatkan anda di dunia dan paling penting di akhirat kelak. Aamiin mudah-mudahan.

^^

Dibenci

Disebabkan orang lain, aku dibenci
Aku tertanya-tanya, adil ke semua ni Ya Allah
Tapi seandainya ini jalan untuk menebus dosa masa lalu
Aku terima

Sakitnya dibenci Dia saja Maha Mengetahui
Lagi bertambah pedih dibenci disebabkan kesilapan manusia lain





Jodoh Tetap Jodoh


Jodoh memang rahsia Allah SWT. Terkadang takut nak berdepan dengan masa depan sendiri, takut kecewa. Lepas tu cepat-cepat tegur diri sendiri, jangan takut. Allah SWT sayangkan kita, Dia yang ciptakan kita selagi kita tetap jadi hamba Dia yang taat Dia akan terus beri yang terbaik untuk kita. Termasuklah dalam bab-bab penentuan hidup kita, antaranya jodoh. Yup memang berisiko tinggi kalau bercinta lama-lama sebelum kahwin, kalau tak kuat apa-apa yang buruk besar kemungkinan akan terjadi. Bergaduh, salah faham, bertengkar, disakiti, kehadiran orang ketiga dan bla bla bla. Tapi percayalah, selagi ada usaha, ada doa, ada pengharapan yang sangat-sangat bersungguh, dan ikhlas mencintai pasangan kerana Allah SWT InsyaAllah kalau Allah kata tu jodoh kamu, kamu tetap akan berbaik dan bersatu semula dengan si dia. Sememangnya apabila kita nak buat perkara yang baik memang banyak halangan dan dugaan, perkara yang dimaksudkan adalah PERKAHWINAN. Walau apa pun hadapilah dengan tenang  (:




Badai Terhenti

Mungkin terlalu banyaknya dosa hingga kita diuji oleh-Nya sebegini dahsyat
Syukur masih diberikan peluang, syukur masih dipanjangkan silaturahim antara kita
Moga kita belajar dari dugaan, moga tidak diulang kesilapan
Itu yang kita sentiasa harapkan, kekalkanlah kami sehingga waktunya kami bersatu
Dalam ikatan yang sah, yang Engkau redhoi
Permudahkanlah hal urusan hidup kami
Permurahkan juga rezeki kami
Ya Allah, Tuhan semesta alam



Ramadhan dan Dugaan


Indah sekali aturan Engkau Ya Allah
Aku terkadang sedar kau menguji kami
Tetapi terkadang aku leka, lupa dan lemah

Ya Allah jika ini takdir dari-Mu untuk kami kembali pada-Mu
Kami terima dan redho Ya Allah
Titipkanlah kebaikan dan hikmah terbaik di sebalik apa yang terjadi

Wahai kekasih
Semoga engkau temui keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan
Di bulan yang mulia dan penuh barakah ini


Hamba Mu,
MUHAWA


Hampir Terhenti

Kita hampir putus asa
Namun hanya Dia yang selayaknya memisahkan  kita
Apa pun yang terjadi, harap kita berdua sentiasa bersedia :')



Di Antara Kita

Aku dan kau punyai kelebihan dalam diri
Aku dan kau punyai kekurangan dalam diri
Di antara kita harus saling melengkapi
juga saling memberi dan menerima
Andai ingin bahagia bersama selamanya
Hingga ke syurga Illahi di sana



Bersedia


Dari apa yang berlaku
aku belajar erti kekuatan.
Dari apa yang berlaku
aku belajar erti kesabaran.

Dari apa yang berlaku
aku belajar erti keinsafan.
Dari apa yang berlaku
aku belajar erti menerima.

Dari apa yang berlaku
aku belajar erti rela.
Dari apa yang berlaku
aku belajar erti bersedia.





Jika Saya

Jika saya yang bertakhta di hati awak, sayangi saya sejujur hati awak..
Jika saya yang awak rindui, simpan saya jauh dalam hati awak..
Jika saya yang selalu menyakiti hati awak, maafkanlah saya
kerana itu bukan niat saya..
Jika saya antara orang yang awak tak mahu kenang lagi,
ajar saya tuk memahami awak..
Tapi jika di dalam hati awak tiada diri saya, saya terima seadanya..
Namun ketahuilah bahawa awak akan selalu dalam hati saya
kerana saya amat bersyukur memiliki awak..




Kita Belajar


Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI..
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA..
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI..
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN..
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG..
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN..
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN..




Kahwini

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita
daripada kita mencintai diri orang lain
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang
kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana
Adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri
daripada mengubah pendirian orang lain



Jarak

Jarak yang memisahkan kita banyak hikmahnya
Ikatan belum sah, ya masih belum lagi
Kita merancang, sungguh Allah yang tahu mana yang terbaik
Sentiasa yakin bahawa apa yang ditetapkan oleh Allah
Takkan pernah mengecewakan hati kita semua

Jarak yang jauh ini juga mungkin dapat menguji
Sejauh mana setia dan kesabaran kita
Tak mengapa, pasti akan lebih indah
Bila kita sudah disatukan nanti
Sentiasa menanti saat itu

Moga Allah memakbulkan permintaan kita




Jom Semua !

Banyak ilmu yang boleh kita kaut dari buku Tentang Cinta penulis Pahrol Mohd Juoi. Suka sangat penulisannya.  Sangat mudah difahami :) Buku ni juga sesuai sangat untuk para remaja. Sebelum terlambat jom la sama-sama kita menimba ilmu. Baca dulu buku ni sebelum hadapi keputusan yang bakal kita pilih.

Boleh beli buku ni di kedai buku yang terkenal. Cetakan buku ini dari syarikat Telaga Biru. Atau anda semua boleh membeli secara online. Ibu bapa juga digalakkan membeli bahan bacaan seperti ini untuk mendidik anak-anak remaja sendiri dalam kehidupan seharian. Semoga anda berkesempatan membacanya. 







Ukuran Benci & Cinta

Cintailah sesuatu itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi
kebencianmu pada suatu ketika.

Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi
kecintaanmu pada suatu ketika.

Tentang Cinta, Pahrol Mohd Juoi.




Mencari Cinta



Cinta yang dicari adalah baik,
tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.


Tentang Cinta, Pahrol Mohd Juoi.


Cinta Hakiki


Cinta kalau bahasanya hati...itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi...itulah kasih sejati
Cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji...

-Jendela Hati 1993





Bila Seseorang


Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri.

Tentang Cinta, Pahrol Mohd Juoi.



Kita Terima Seadanya

Walau kerap bertikam lidah
Walau sering tidak sependapat
Jangan mudah kita putus asa
Jangan biarkan ia musnah tanpa makna

Kita sama-sama belajar menerima
Ikhlas menghadapinya
Kau dan aku punya kelebihan
Juga punyai kekurangan

Andai telah ditakdirkan oleh-Nya
Bahawa kita kekal bersama
Sungguh aku akan syukur tak terkata
Maha Suci Ya Allah, hanya pada-Mu kami meminta

Moga kami diizinkan sehati sejiwa :')



Mahu

Siapa yang tidak mahu kehidupan yang lebih tenang
Aku juga seperti ini
Aku rindu menggapai dan merasai manisnya cinta
Cinta pada Allah
Cinta pada Muhammad

Sentiasa segar dalam ingatan saat manis itu
Saat indah itu
Aku cuba untuk mengejarnya semula
Tapi sering aku gagal
Tapi sering aku alpa

Semula
Dan aku cuba dan terus mencuba
Moga tercapai hajatku
Sekali lagi





2013 Penuh Pengharapan


Tahun ini mungkin lain dari tahun sebelum2 ni.
Aku tidak lagi memegang gelaran sebagai pelajar.
Mungkin di masa akan datang gelaran pekerja yang lebih sesuai.
Masih mencari dan terus mencari.

Dan Si Dia, terus menjadi pemegang tanggungjawab terbesar dalam keluarga.
Aku akur dengan apa yang Allah tetapkan.
Cuma, aku sentiasa harap dapat memahami situasi dia dengan lebih baik lagi.
Aku yakin cepat lambat sahaja Allah satukan kami.

Aku sedar aku sentiasa perlu bersyukur.
Bersyukur dengan apa yang aku ada di depan mata.
Mungkin sekarang aku di atas.
Tapi.. Siapa tahu kelak aku di bawah.

Selagi aku mampu, aku akan lakukan yang terbaik.
Bantu mereka yang berada di bawah.
Moga Allah sentiasa memberi kekuatan.
Mengiringi kita dengan keberkatan dan rahmat dari-NYA.


Amin Ya Rabbal'alamiin ..






Hampir 3 Tahun

Syukur masih bertahan lama
Walau belum disahkan lagi
Aku sentiasa berharap hubungan ini
Terus bertahan hingga hari bahagia
Seterusnya hingga ke syurga sana

Bukan mudah
Tetapi inilah yang harus kita hadapi
Ini jalan yang telah kita persetujui
Jangan putus asa dan menyerah
Pada Allah kita sentiasa berserah




Life Must Go On


Kamu sibuk dengan kerja.
Diri ini sibuk mencari kerja.

Hik3. Teruskan usaha kita sama-sama untuk kebaikan bersama.
Never give up to get what you and me want :)






ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ