Kenangan Itu

Zaman sekolah yang indah masa form 4 n form 5
Susah aku nak luputkan dari ingatan
Manis ada, tipulah takde yang pahit

Macam biasa tiap malam
Aku akan biarkan adik aku on9
Aku dah lemau bila malam menjelma
Melilau ke bilik adik-adik lelaki
Buka box, dalamnya ada tersimpan barang peribadi
Memang minat aku dengan diari susah nak buang
Aku suka tulis diari sejak umur aku 13 tahun
Form 1 lagi masa tu
Tapi tak lah setiap hari
Seronok sebenarnya bila tulis diari
Rasa beban yang ada pada diri terlepas

Buka diari zaman sekolah teknik
2007 until 2008
Ye dua tahun ni macam-macam yang jadi
Banyak yang indah dari yang sebaliknya
Kenangan pasal asrama
Kenangan pasal sahabat-sahabat
Kenangan pasal sekolah
Kenangan pasal kehidupan seharian
Juga kenangan tentang seseorang
Ye seseorang, yang pernah bertakhta di hati
Tapi mungkin dia bukan untuk aku
Segala apa yang aku tulis semua terimbas

Senyum sorang-sorang
Ye terkadang ada rindu
Ada juga geram
Persoalan demi persoalan dari dulu
Sampai lah 2010 masa aku cuba untuk lupakan terus dia
Persoalan tak terjawab
Sampai sekarang
Ye susah nak tafsirkan dengan kata-kata
Hati ngan perasaan bukan kerja kita
Tetapi Allah yang berkuasa
Ada atau takde dalam hati hak Allah
Susah aku nak buang walau dah bertahun-tahun

Walau apa pun aku harap dia jumpa jodoh yang lebih baik dari diri ni
Macam apa yang pernah dia harapkan untuk aku
Terima kasih, ye aku dah jumpa seseorang yang lebih sesuai dengan diri ini
Lebih baik atau tak wallahu'alam
Aku terima sikit demi sedikit
Walau asalnya terpaksa
Moga kau bahagia

Tutup diari sebelum air mata tertumpah :')
Wahai diari, bukan aku tak mahu buang kau
Tapi dalam kau ada kenangan aku dengan sekolah kesayanganku
Malangnya, dalam kau banyak cerita tentang dia
Maafkan aku, yang pasti dia dah lama takda dalam hati
Kuasa Allah dah merubah segalanya



Comments

Post a Comment

Popular Posts