Jika Saya

Jika saya yang bertakhta di hati awak, sayangi saya sejujur hati awak..
Jika saya yang awak rindui, simpan saya jauh dalam hati awak..
Jika saya yang selalu menyakiti hati awak, maafkanlah saya
kerana itu bukan niat saya..
Jika saya antara orang yang awak tak mahu kenang lagi,
ajar saya tuk memahami awak..
Tapi jika di dalam hati awak tiada diri saya, saya terima seadanya..
Namun ketahuilah bahawa awak akan selalu dalam hati saya
kerana saya amat bersyukur memiliki awak..




Kita Belajar


Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI..
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA..
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI..
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN..
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG..
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN..
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN..




Kahwini

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita
daripada kita mencintai diri orang lain
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang
kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana
Adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri
daripada mengubah pendirian orang lain



Jarak

Jarak yang memisahkan kita banyak hikmahnya
Ikatan belum sah, ya masih belum lagi
Kita merancang, sungguh Allah yang tahu mana yang terbaik
Sentiasa yakin bahawa apa yang ditetapkan oleh Allah
Takkan pernah mengecewakan hati kita semua

Jarak yang jauh ini juga mungkin dapat menguji
Sejauh mana setia dan kesabaran kita
Tak mengapa, pasti akan lebih indah
Bila kita sudah disatukan nanti
Sentiasa menanti saat itu

Moga Allah memakbulkan permintaan kita




Jom Semua !

Banyak ilmu yang boleh kita kaut dari buku Tentang Cinta penulis Pahrol Mohd Juoi. Suka sangat penulisannya.  Sangat mudah difahami :) Buku ni juga sesuai sangat untuk para remaja. Sebelum terlambat jom la sama-sama kita menimba ilmu. Baca dulu buku ni sebelum hadapi keputusan yang bakal kita pilih.

Boleh beli buku ni di kedai buku yang terkenal. Cetakan buku ini dari syarikat Telaga Biru. Atau anda semua boleh membeli secara online. Ibu bapa juga digalakkan membeli bahan bacaan seperti ini untuk mendidik anak-anak remaja sendiri dalam kehidupan seharian. Semoga anda berkesempatan membacanya. 







Ukuran Benci & Cinta

Cintailah sesuatu itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi
kebencianmu pada suatu ketika.

Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi
kecintaanmu pada suatu ketika.

Tentang Cinta, Pahrol Mohd Juoi.




Mencari Cinta



Cinta yang dicari adalah baik,
tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.


Tentang Cinta, Pahrol Mohd Juoi.


Cinta Hakiki


Cinta kalau bahasanya hati...itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi...itulah kasih sejati
Cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji...

-Jendela Hati 1993





Bila Seseorang


Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri.

Tentang Cinta, Pahrol Mohd Juoi.



ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ