4 Makanan Yang Berfungsi Mengurangkan Tekanan

Gangguan tekanan atau masalah kebimbangan adakalanya memerlukan rawatan doktor atau psikoterapi. Namun ia tidak bermakna sedikit perubahan dalam gaya hidup tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Pengamalan diet seimbang serta rutin senaman harian sebenarnya mampu mengubah emosi serta kesihatan diri.

Oleh itu kami sertakan beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh membantu untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Lemak Ikan

Dalam satu kajian dari Universiti Negeri Ohio, para pelajar yang diberikan pil suplemen lemak asid omega-3 menyaksikan pengurangan tekanan sebanyak 20 peratus berbanding dengan pelajar yang diberikan pil placebo. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda perlu berhabis wang membeli pil suplemen, sebaliknya menambah pengambilan omega-3 dalam diet anda. Antaranya seperti ikan salmon, tuna, sardin dan sebagainya.

Teh Kamomil

Keberkesanan teh kamomil dalam pemulihan semulajadi sememangnya diketahui sejak dari dulu lagi. Dalam satu kajian pada tahun 2009, masalah tekanan yang tidak serius boleh dikurangkan atau dirawat dengan pengambilan teh kamomil.

Telur

Otak kita memerlukan vitamin B untuk beroperasi secara optimal. Apabila kita kekurangan vitamin B, kita mungkin akan berhadapan dengan masalah kekeliruan, kebimbangan dan sebagainya. Oleh itu pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B seperti daging, buah-buah sitrus dan semestinya telur.

Teh Hijau

Selain daripada teh kamomil, teh hijau juga kaya dengan asid amino yang dipanggil L-theanine yang dilaporkan mampu memberi kesan tenang secara umum. Dalam satu kajian, pengambilan L-theanine sebanyak 200 miligram menyaksikan pelajar yang mempunyai masalah kebimbangan mampu kekal tenang. Ia bukan sahaja memberi ketenangan, malah baik untuk kesihatan dan diet anda.



No comments:

Post a Comment

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ