Mati Sebab Sakit Jantung

Georgetown : Kematian seorang lelaki berusia 41 tahun di Penjara Reman Pulau Pinang di Jalan Gaol, di sini, kelmarin disahkan akibat penyakit jantung dihadapinya. Pengarah Penjara Reman negeri Rosoman Abu Bakar berkata, mangsa dimasukkan ke penjara berkenaan sejak Jumaat lalu selepas ditahan semula berkaitan kes penyalah gunaan dadah dan didakwa di mahkamah sebelum diperintah ditahan reman sementara menunggu perbicaraan.

Beliau berkata, mangsa sebelum ini pernah ditahan reman sejak Oktober tahun lalu dan kali ini ditempatkan di dalam sel penjara bersama pesalah reman lain.




Selepas dimasukkan ke Penjara Reman Pulau Pinang, mangsa turut menjalani pemeriksaan kesihatan dilakukan pegawai perubatan Sabtu lalu dan kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa mengadu sakit dada selepas makan tengah hari.

Ketika dalam rawatan sementara menanti kehadiran ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Pulau Pinang (HPP), mangsa disahkan meninggal dunia sejurus pegawai perubatan HPP tiba di Penjara Reman,” katanya.


Comments

Popular Posts