Tips Gaya & Fesyen Wanita Berusia 40 Ke Atas

Jangan salah anggap. Artikel ini bukan untuk mengatakan bahawa wanita tidak boleh bergaya apabila semakin berusia, namun terdapat beberapa peraturan untuk wanita yang berumur 40 ke atas untuk bergaya bagi mengelakkan anda memalukan diri sendiri pada orang awam. Jadi apakah peraturan berfesyen untuk anda, wanita yang berusia 40 ke atas?




TIDAK BERPAKAIAN SEPERTI ORANG MUDA 
Forever 21 merupakan jenama yang menjual pakaian untuk remaja. Jadi, padamkan niat anda sekiranya anda teringin untuk membeli baju berjenama sepertinya. Sebelum membeli pakaian, perhatikan jenama pakaian tersebut terlebih dahulu. Ini kerana baju tersebut direka selaras dengan sasaran pelanggan syarikat tersebut. Terdapat banyak lagi jenama yang mungkin mempunyai pakaian yang muat untuk wanita berusia 40 ke atas, tetapi kebanyakannya terlalu muda untuk anda.

TIDAK BERPAKAIAN SEPERTI ORANG TUA
Berlawanan dengan 'berpakaian seperti orang muda' sudah semestinya 'berpakaian seperti orang tua'. TIDAK! Anda hanya berusia 40-an, bukannya 70-an, jadi sudah tentu terdapat beberapa gaya yang akan kelihatan tidak kena pada anda. Elakkan berpakaian seperti seorang nenek tua.

PAKAIAN YANG SELESA
Tidak perlu memakai pakaian yang ketat atau skirt yang terlampau pendek untuk bergaya jika anda sendiri tidak berasa selesa. Untuk peraturan ini, anda tidak perlu menunggu sehingga anda berusia 40 untuk mula memakai pakaian yang selesa. Anda boleh mula bila-bila masa dari sekarang, dan anda pasti akan gembira kerana anda berjaya melakukannya!

CARI WARNA ANDA
Anda memiliki baju yang mempunyai warna yang sama terlampau banyak? Apa kata anda mencuba sesuatu yang baru. Cuba pakai sesuatu yang bukannya warna pilihan anda. Ini kerana mungkin warna tersebut sesuai dengan gaya dan umur anda sekarang. Jangan ragu-ragu, dan fikirkan warna apa yang anda boleh pakai, anda akan membuka banyak kemungkinan fesyen untuk diri sendiri!

KEKAL RINGKAS, TETAPI
Biarkan anak-anak muda memggilai aksesori-aksesori yang mengikut arus trend sekarang, dan simpan gaya peribadi anda sendiri. Tetapi jangan takut untuk menjadi berani dengan aksesori berikut sekali-sekala... dan cubalah manjakan diri anda dengan sepasang 'skinny' jeans berwarna putih terang, bukannya biru tradisional.




PAKAI PAKAIAN YANG MENGGEMBIRAKAN ANDA
Berat badan anda mungkin tidak naik, tetapi sudah tentu badan anda tidak akan mempunyai bentuk yang sama seperti zaman muda anda dahulu. Namun, jika anda masih mempunyai kaki cantik, pakailah skirt! Jika anda mempunyai potongan badan yang masih mengagumkan, tunjukkannya sedikit dengan memakai gaun labuh (maxi dress). Ingat, pakailah apa yang menggembirakan anda tapi pada masa yang sama, ikut peraturan yang kami senaraikan ini.



Comments

Popular Posts