4 Makanan Yang Berfungsi Mengurangkan Tekanan

Gangguan tekanan atau masalah kebimbangan adakalanya memerlukan rawatan doktor atau psikoterapi. Namun ia tidak bermakna sedikit perubahan dalam gaya hidup tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Pengamalan diet seimbang serta rutin senaman harian sebenarnya mampu mengubah emosi serta kesihatan diri.

Oleh itu kami sertakan beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh membantu untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Lemak Ikan

Dalam satu kajian dari Universiti Negeri Ohio, para pelajar yang diberikan pil suplemen lemak asid omega-3 menyaksikan pengurangan tekanan sebanyak 20 peratus berbanding dengan pelajar yang diberikan pil placebo. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda perlu berhabis wang membeli pil suplemen, sebaliknya menambah pengambilan omega-3 dalam diet anda. Antaranya seperti ikan salmon, tuna, sardin dan sebagainya.

Teh Kamomil

Keberkesanan teh kamomil dalam pemulihan semulajadi sememangnya diketahui sejak dari dulu lagi. Dalam satu kajian pada tahun 2009, masalah tekanan yang tidak serius boleh dikurangkan atau dirawat dengan pengambilan teh kamomil.

Telur

Otak kita memerlukan vitamin B untuk beroperasi secara optimal. Apabila kita kekurangan vitamin B, kita mungkin akan berhadapan dengan masalah kekeliruan, kebimbangan dan sebagainya. Oleh itu pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B seperti daging, buah-buah sitrus dan semestinya telur.

Teh Hijau

Selain daripada teh kamomil, teh hijau juga kaya dengan asid amino yang dipanggil L-theanine yang dilaporkan mampu memberi kesan tenang secara umum. Dalam satu kajian, pengambilan L-theanine sebanyak 200 miligram menyaksikan pelajar yang mempunyai masalah kebimbangan mampu kekal tenang. Ia bukan sahaja memberi ketenangan, malah baik untuk kesihatan dan diet anda.



Cara-Cara Atasi Jerawat Dengan Pantas

Jerawat adalah salah satu masalah biasa yang dihadapi oleh setiap lingkungan umur lebih-lebih lagi remaja kerana perubahan hormon dalam tubuh badan mereka.

Jerawat bermula dengan bintik hitam yang terjadi apabila minyak, kotoran dan juga sel kulit mati terperangkap dalam liang pori kulit wajah anda.

Masalah ini akan sentiasa berulang sepanjang hidup anda, tetapi penggunaan bahan semulajadi yang mudah dan boleh dilakukan di rumah mampu membantu untuk mengurangkan masalah jerawat.

Mari kita lihat antara tips mudah yang boleh dilakukan di rumah bagi mengatasi jerawat dengan cepat.

Basuh muka dengan sabun 

Ianya penting untuk anda memastikan bahagian muka dan leher anda bersih daripada segala kotoran. Anda boleh menggunakan sabun lembut dan tidak mengeringkan kulit bagi membersihkan muka anda. Pastikan anda membasuh muka sekurang-kurang tiga kali sehari, lebih-lebih lagi selepas rutin senaman. Jika anda mempunyai masalah rambut berminyak, anda digalakkan mensyampu rambut anda setiap hari bagi mengelakkan pengumpulan minyak di bahagian muka yang akan mengakibatkan jerawat.

Anggur

Amalkan pengambilan buah anggur dalam diet harian anda kerana ia kaya dengan sumber vitamin C dan mampu membantu mengurangkan kekerapan berlakunya jerawat. Malah jika anda melihat jerawat yang baru timbul, anda boleh memotong buah anggur dan letakkan pada bahagian tersebut selama beberapa minit agar jus anggur itu menyerap.

Ubat gigi

Ubat gigi adalah antara bahan yang paling mudah didapati di rumah dan juga merawat jerawat. Ubat gigi putih herbal adalah pilihan yang ideal kerana kandungan bahan dalam ubat gigi mampu mengeringkan jerawat. Letakkan sedikit ubat gigi di bahagian tersebut dan biarkan semalaman. Anda boleh membasuh menggunakan air sejuk keesokan harinya.

Timun

Timun adalah sejenis sayuran yang menyejukkan kulit dan juga efektif dalam merawat jerawat. Anda boleh kisarkan timun tersebut bagi mendapatkan jusnya, lalu dicampurkan dengan yogurt serta secubit serbuk kunyit. Letakkan pada jerawat tersebut dan biarkan selama satu jam. Anda boleh mengamalkan prosedur ini selama dua atau tiga hari.



Jus lemon

Jus lemon mempunyai bahan asidik yang membantu membersihkan kotoran yang tersumbat dalam liang pori, sekaligus mengurangkan penghasilan sebum. Apa yang anda perlu lakukan adalah potong buah lemon dan letakkan bahagian berjus pada kawasan jerawat. Biarkan selama satu jam dan bersihkan menggunakan air sejuk.

Madu

Letakkan madu di kawasan jerawat selama 30 hingga 45 minit dan basuh menggunakan air sejuk. Jangan kedekut untuk menggunakan banyak madu di atas muka anda kerana ia mampu menghilangkan jerawat anda lebih-lebih lagi jika diamalkan dua atau tiga hari berturut-turut.

Kulit buah oren

Seperti diketahui, buah oren sememangnya kaya dengan sumber vitamin C serta kandungan asid. Apa yang anda perlu lakukan anda keringkan kulit buah oren di bawah cahaya matahari, lalu hancurkannya agar menjadi serbuk halus. Masukkan sedikit air agar ia menjadi pes dan letak di kawasan jerawat itu, lalu dibiarkan sehingga kering. Amalkan dua kali sehari agar bebas jerawat!

Pes kayu manis & madu

Campurkan serbuk kayu manis dan madu sehingga ia menjadi pes halus. Letakkan di bahagian jerawat dan biarkan selama 20 minit atau semalam. Amalkan selalu untuk dua atau tiga hari berturut-turut.

Kunyit

Kunyit mampu menghalang jangkitan pada kulit kerana ia mengandungi anti bakteria atau anti septik. Campurkan satu sudu serbuk kunyit dan satu sudu madu, lalu digaulkan agar ia menjadi pes halus. Letakkan di bahagian jerawat selama 20 hingga 30 minit dan bersihkan menggunakan air sejuk.

Bawang putih

Baunya mungkin kurang menyenangkan, tetapi hancurkan bawang putih lalu diletakkan di bahagian jerawat tersebut selama beberapa minit. Amalkan tiga kali sehari selama dua hari berturut-turut untuk melihat keberkesannya.


Segar Dan Bertenaga Sentiasa

Buah-buahan sebenarnya mampu dijadikan sumber untuk menyerlahkan penampilan disamping mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Malah rasanya yang manis dan harganya pula murah dan juga boleh menyempurnakan diet anda memandangkan ia mudah didapati. Oleh itu, gantikan makanan tidak berkhasiat seperti snek kepada buah-buahan.

Jenis-jenis buah-buahan yang boleh didapati adalah seperti tembikai,pisang,mangga,betik dan kiwi mempunyai khasiat-khasiat yang tertentu . Antara khasiat buah-buahan ini adalah vitamin C dan juga vitamin A . Buah-buahan yang mengandungi vitamin C dapat membantu anda memulih dan menambah tisu tubuh badan selain memantapkan sistem imunisasi. Vitamin C turut dapat mencerahkan kulit wajah.

Jika anda mempunyai masalah penglihatan seperti rabun terutamanya rabun malam, vitamin A adalah penawar terbaik. Kandungan dalam vitamin A dapat membantu memulihkan masalah penglihatan serta mampu melawan penyakit.

Jika anda tidak tahu bagaimana mahu memilih buah yang mempunyai vitamin A, pilih buah-buahan yang berwarna merah, oren atau kuning kerana kandungan Carotenoids di dalamnya mampu bertukar kepada vitamin A ketika proses penghadaman berlaku.




Manakala buah-buahan seperti nenas, avocado, kismis, epal, anggur dan limau mandarin mempunyai khasiat serat , potasium dan juga protein yang bagus untuk kesihatan. Serat membantu anda melawan penyakit kanser, menurunkan tahap kolestrol dan tahap gula dalam tubuh badan. Manakala protein pula adalah nutrisi yang terbaik untuk mengatasi masalah seperti keguguran rambut, pening kepala, kesukaran untuk tidur dan juga masalah kulit kering.

Potasium juga satu nutrisi yang baik untuk mengekalkan tahap air dan asid dalam sel tisu dimana ia juga membantu menguatkan otot. Oleh itu, tambahkan buah-buahan yang mengandungi potasium dalam diet harian anda kerana ia juga mampu menyelesaikan simptom-simptom seperti tekanan darah tinggi, diebetis dan kelemahan memori.

Oleh itu makanlah buah-buahan segar yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan anda.


iPhone Air Bakal Muncul September Ini

Syarikat teknologi terkemuka, Apple Inc. dilaporkan bakal melancarkan telefon pintar model terbaru mereka iaitu iPhone Air yang kini mendapat sentuhan terakhir sebelum ia dijangka akan dilancarkan pada September depan.

Berikutan dengan berita tersebut, sebuah syarikat 3D dari Perancis telah tampil mendakwa mengetahui imej peranti pintar tersebut dan mendedahkannya kepada umum.

Pendedahan tersebut dibuat oleh pereka grafik, Martin Hajek yang memperlihatkan model terbaru Apple itu lebih nipis daripada sebelum ini dengan bucu separuh bulat.

Menurut laporan tersebut lagi, peranti pintar baru itu juga akan menampilkan saiz skrin sebesar 4 atau 5.5 inci.

Apple bagaimanapun masih lagi belum mengesahkan tentang maklumat yang didedahkan.




Makanan Yang Boleh Mengakibatkan Masalah Kulit

Memang benar kulit boleh menjadi cantik dan sihat sekiranya kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian.

Namun apa yang kebanyakan dari anda tidak sedari adalah pemakanan harian juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti yang anda semua ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga yang memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit berjerawat dan sebagainya. Pencuci muka dan toner sahaja tidak mencukupi sekiranya diet harian tidak dijaga dengan baik.

Di sini, kami senaraikan enam jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi.

Garam
Sifat garam yang menyimpan air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua.



Makanan Laut
Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumpai laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka jerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukan dua kali seminggu.

Susu
Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibanndingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit.

Makanan Berkanji
Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat.

Gula
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua.


Minuman Beralkohol 
Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.


Mati Sebab Sakit Jantung

Georgetown : Kematian seorang lelaki berusia 41 tahun di Penjara Reman Pulau Pinang di Jalan Gaol, di sini, kelmarin disahkan akibat penyakit jantung dihadapinya. Pengarah Penjara Reman negeri Rosoman Abu Bakar berkata, mangsa dimasukkan ke penjara berkenaan sejak Jumaat lalu selepas ditahan semula berkaitan kes penyalah gunaan dadah dan didakwa di mahkamah sebelum diperintah ditahan reman sementara menunggu perbicaraan.

Beliau berkata, mangsa sebelum ini pernah ditahan reman sejak Oktober tahun lalu dan kali ini ditempatkan di dalam sel penjara bersama pesalah reman lain.




Selepas dimasukkan ke Penjara Reman Pulau Pinang, mangsa turut menjalani pemeriksaan kesihatan dilakukan pegawai perubatan Sabtu lalu dan kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa mengadu sakit dada selepas makan tengah hari.

Ketika dalam rawatan sementara menanti kehadiran ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Pulau Pinang (HPP), mangsa disahkan meninggal dunia sejurus pegawai perubatan HPP tiba di Penjara Reman,” katanya.


ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ