Cara & Tips Bijak Berfesyen Untuk Lelaki

Dunia fesyen kini bukan lagi hanya untuk golongan wanita kerana golongan lelaki juga kini sudah bijak berfesyen dan bereksperimen dengan fesyen.

Dalam berfesyen jangan pula tidak kena gayanya, nanti kelihatan 'overdressed' atau pun pelik. Oleh itu, di sini kami inign berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda cuba.

Ringkas tetapi bergaya
Anda tidak semestinya anda perlu berpakaian seperti seorang artis di karpet merah. Ringkas sudah mencukupi. Untuk tip mudah berfesyen, amalkan gaya pakaian yang tidak menggunakan lebih dari 3 warna.




Peka pada fesyen dan pakaian anda
Jangan terlebih berfesyen kerana itu bakal membuatkan anda sendiri rasa tak selesa. Jika anda mahu pergi ke tempat yang panas, jangan memakai baju yang tebal manakala kalau mahu pergi ke majlis rasmi, jangan sekali-kali memakai tshirt tidak berkolar.

Jangan beli kerana jenama
Pastikan anda bertanya pada diri sendiri sebelum membeli pakaian. Biar beli pakaian murah tetapi menarik berbanding pakaian mahal tetapi tak menarik dan tak selesa.

Minta pendapat teman
Rajin-rajinlah bertanya pada rakan rapat anda apa yang sesuai dipakai oleh anda. Ataupun warna warna tertentu yang sesuai dengan warna kulit anda serta aksesori yang sesuai digayakan oleh anda. Mungkin anda boleh dapatkan tip menarik serta pandangan jujur dari kawan dan keluarga anda.




Jangan ikutkan sangat trend
Jangan biasakan diri anda mengikut trend kerana selalunya trend tidak akan kekal lama. Cuba sekali-sekala suai padan pakaian baru dan lama. Mesti nampak menarik!

Pastikan wajah bersih dan kemas
Kalau pandai berfesyen tetapi tidak tahu menjaga kebersihan diri pun tak guna juga. Paling penting jaga kebersihan wajah dan badan anda serta jangan lupa memakai deodoran. Bercukur bagi wajah anda terutamanya nampak terurus.

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda untuk tampak bergaya dan segak. Selamat mencuba!



Comments

Popular Posts